Assalamualaikum dan hai semua!!
Apa khabar? Entry kali ini kami ingin berkongsi tentang Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2012 yang berlangsung bermula 1 Oktober hingga 6 Oktober 2012 baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua, 5 orang pelajar Ijazah Sarjana di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Mohd Rafie B. Johan telah berjaya bergraduasi pada 2 Oktober 2012 di Dewan Tunku Canselor (DTC). Mereka adalah Suriani Ibrahim, Tan Kim Han, Tan Say Minh, Siti Mariah Yasin dan Syazwan Hanani. Sekali lagi Tahniah! Semoga dengan graduasi mereka, akan melonjakkan lagi semangat rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk berusaha menyelesaikan Master dan juga PhD dan bergraduasi secepat mungkin. InsyaAllah. Disini kami ingin berkongsi kegembiraan mereka melalui gambar-gambar yang sempat dikutip. Jadi, apa lagi? Mari kita sama-sama saksikan! ^_^