Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua
pembaca-pembaca blog Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Bahan Nano Universiti
Malaya,
Pada 17 Mac 2015 yang lalu, kami telah menganjurkan kursus
berkenaan teknik-teknik perincian bahan nano menggunakan Fourier
Transform Infrared Spectroscopy, Microraman
Spectroscopy, High Resolution Transmission Electron Microscopy, dan UV-Vis Spectroscopy.
Kursus ini disertai oleh penyelidik-penyelidik dari seluruh Malaysia dan telah dijayakan dengan 4 orang penceramah pakar dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Sesi pertama disampaikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Arif Bin
Agam dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Beliau telah berkongsi kepakaran
mengenai tajuk Fourier Transform Infrared Spectroscopy: Fundamental and
Applications for Nanomaterials.
Sesi kedua tajuk Fundamental and Importance of Raman
Spectroscopy in Nanomaterials telah
diberi pencerahan oleh Prof Dr. Saifollah Abdullah dari Universiti Teknologi MARA.
Selepas jamuan minum pagi, sesi ketiga diteruskan dengan
penerangan terperinci oleh Prof. Dr. Wan Haliza Binti Abd Majid dari Jabatan
Fizik Universiti Malaya dengan tajuk Ultraviolet Visual Spectroscopy:
UV-Visible Spectroscopy for Nanomaterials Characterization.
Sesi terakhir oleh Dr
Goh Boon Tong juga dari Jabatan Fizik Universiti Malaya. Beliau telah
memberikan maklumat berkenaan tajuk High-Resolution Transmission
Electron Microscopy: Principles and Instrumentation on Nanomaterials.

Kursus ini dilihat telah banyak memberi input berguna kepada semua
peserta dan juga kami sebagai penganjur program. Program ini telah menjadi
platform perkongsian ilmu dan juga membina jaringan persahabatan diantara
peserta dan juga penganjut.
No comments:
Post a Comment