|
Sebelum bertolak ke Taman Teknologi Malaysia |
Pada 12 ogos yang lalu, kami berpeluang untuk menyertai lawatan ke makmal penyelidikan MIMOS Berhad bertempat di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Lawatan yang dianjurkan oleh
Centre of Advanced Materials University of Malaya (CAM) telah disertai oleh 10 orang pensyarah kejuruteraan bahan dan 24 orang pelajar ijazah tinggi telah menyertai lawatan ini.
Lawatan ini yang diketuai oleh Dr. Ang Bee Chin bertujuan membina hubungan yang baik diantara Universiti Malaya dan juga MIMOS, selain mengintai peluang kolaborasi di antara kedua dua pihak.
|
Bergambar sebelum masuk ke makmal penyelidikan |
Kami telah dibawa melawat
Faillure Analysis Lab, Makmal Bahan, dan lain-lain. Kami juga telah diberi penerangan terperinci oleh Dr Lee Hing Wah dan Puan Amy Letchumy berkenaan kemudahan kemudahan yang disediakan oleh pihak MIMOS untuk membantu melancarkan lagi perjalanan penyelidikan.
|
Makan tengahari di restoran Tupai Tupai Kuala Lumpur |
Lawatan ke MIMOS berakhir dengan jamuan makan tengahari yang ditaja oleh COM di restoran Tupai-Tupai, Kuala Lumpur. Kami dari Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Bahan Nano merakamkan ucapan terima kasih kepada COM diatas jemputan untuk menyertai lawatan ini. Harapan kami agar lawatan ini dapat memberi pendedahan serta input yang berguna kepada semua.
|
Sesi fotografi bersama delegasi Universiti Malaya |
No comments:
Post a Comment