Assalamualaikum & salam sejahtera diucapkan kepada semua..
Entri kali ini berkisar tentang sambutan Aidilfitri yang telah diadakan dan disertai oleh Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Bahan Nano Universiti Malaya..
Pada 5 Ogos 2015 yang lalu bertempat di Red Cube 2, Fakulti Kejuruteraan, kami telah menganjurkan Seminar Ijazah Tinggi serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Dua orang pelajar dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Mohd Rafie bin Johan iaitu saudari Yusliza Yusof dan Siti Mariah Mohd Yasin telah membuat pembentangan sebahagian daripada hasil penyelidikan mereka.
Saudari Yusliza Yusof telah menjadi pembentang pertama dengan tajuk Effect of Silver Nanoparticles On The Structural Morphologies & Electrical Properties of PVA-CNT nanocomposite.
Diikuti saudari Siti Mariah Mohd Yasin dengan tajuk Optimization Of Optical Properties Of Silver Nanoparticles In Lamellar Liquid Crystal System.
Diharap agar majlis ini dapat memberi pengetahuan yang baru kepada semua hadirin dan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain..
No comments:
Post a Comment