Pada 3-8 Januari 2010 telah berlangsung persidangan "IEEE International NanoElectronics Conference (INEC) 2010" di City Universiti, Hongkong, China. Dua penyelidik kami iaitu Cik Nor Aliya Hamizi dan Cik Ng Meng Nee telah menyertai persidangan antarabangsa ini. Mereka telah membentangkan kertas kerja berkaitan 'Carbon Nanotubes' dan 'CdSe QDs'. Selain daripada dapat bertemu dan bertukar-tukar pendapat dengan para penyelidik lain di serata dunia, persidangan ini juga dapat meningkatkan tahap kenyakinan dan menambah rangkaian kenalan untuk tujuan penyelidikan. Diharap lebih ramai penyelidik-penyelidik kita dapat menyertai persidangan antarabangsa seperti ini di masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment