Who We Are???

University Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Advanced Material Lab is a blog that build by the group of researcher in UNIVERSITY MALAYA as the place to share the knowledges about the activities and latest research outcomes.

Tuesday, September 1, 2015

Lawatan ke Makmal Penyelidikan MIMOS

Sebelum bertolak ke Taman Teknologi Malaysia
Pada 12 ogos yang lalu, kami berpeluang untuk menyertai lawatan ke makmal penyelidikan MIMOS Berhad bertempat di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Lawatan yang dianjurkan oleh Centre of Advanced Materials University of Malaya (CAM) telah disertai oleh 10 orang pensyarah kejuruteraan bahan dan 24 orang pelajar ijazah tinggi telah menyertai lawatan ini.







Lawatan ini yang diketuai oleh Dr. Ang Bee Chin bertujuan membina hubungan yang baik diantara Universiti Malaya dan juga MIMOS, selain mengintai peluang kolaborasi di antara kedua dua pihak. 




Bergambar sebelum masuk ke makmal penyelidikan
Kami telah dibawa melawat Faillure Analysis Lab, Makmal Bahan, dan lain-lain. Kami juga telah diberi penerangan terperinci oleh Dr Lee Hing Wah dan Puan Amy Letchumy berkenaan kemudahan kemudahan yang disediakan oleh pihak MIMOS untuk membantu melancarkan lagi perjalanan penyelidikan.









Makan tengahari di restoran Tupai Tupai Kuala Lumpur
Lawatan ke MIMOS berakhir dengan jamuan makan tengahari yang ditaja oleh COM di restoran Tupai-Tupai, Kuala Lumpur. Kami dari Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Bahan Nano merakamkan ucapan terima kasih kepada COM diatas jemputan untuk menyertai lawatan ini. Harapan kami agar lawatan ini dapat memberi pendedahan serta input yang berguna kepada semua.
Sesi fotografi bersama delegasi Universiti Malaya

Monday, August 17, 2015

Seminar Ijazah Tinggi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Penyelidikan Bahan Nano Universiti Malaya 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera diucapkan kepada semua..

Entri kali ini berkisar tentang sambutan Aidilfitri yang telah diadakan dan disertai oleh Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Bahan Nano Universiti Malaya..

Pada 5 Ogos 2015 yang lalu bertempat di Red Cube 2, Fakulti Kejuruteraan, kami telah menganjurkan Seminar Ijazah Tinggi serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Dua orang pelajar dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Mohd Rafie bin Johan iaitu saudari Yusliza Yusof dan Siti Mariah Mohd Yasin telah membuat pembentangan sebahagian daripada hasil penyelidikan mereka.




Saudari Yusliza Yusof telah menjadi pembentang pertama dengan tajuk Effect of Silver Nanoparticles On The Structural Morphologies & Electrical Properties of PVA-CNT nanocomposite.

Diikuti saudari Siti Mariah Mohd Yasin dengan tajuk Optimization Of Optical Properties Of Silver Nanoparticles In Lamellar Liquid Crystal System.






 Majlis sambutan hari raya diadakan setelah selesai sesi soal jawab. Hadirin mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. 

Diharap agar majlis ini dapat memberi pengetahuan yang baru kepada semua hadirin dan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain..





Monday, April 20, 2015

Seminar Akhir Nor Aliya Hamizi

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Update dari Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Bahan Nano.

Pada 16 April yang lalu, salah seorang dari ahli Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Bahan Nano (NERG) telah mengadakan seminar akhirnya iaitu Pn Nor Aliya Hamizi.. Seminar berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Mekanik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.

Pembentangan penyelidikan Pn. Aliya bertajuk "Synthesis & Characterization of Mn-doped CdSe Quantum Dots Using Inverse Micelle Technique" telah berjalan selama 2 jam dan dihadiri oleh Ketua Kumpulan Penyelidikan Prof. Madya Dr. Mohd Rafie bin Johan dan ahli-ahli NERG.


Sesi pembentangan sedang berlangsung..











Monday, April 6, 2015

One Day Course on Nanomaterials Characterization Techniques: Fundamentals & Applications.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Bahan Nano Universiti Malaya,

Pada 17 Mac 2015 yang lalu, kami telah menganjurkan kursus berkenaan teknik-teknik perincian bahan nano menggunakan Fourier Transform Infrared Spectroscopy, Microraman Spectroscopy, High Resolution Transmission Electron Microscopy, dan UV-Vis Spectroscopy.








Kursus ini disertai oleh penyelidik-penyelidik dari seluruh Malaysia dan telah dijayakan dengan 4 orang penceramah pakar dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

















Sesi pertama disampaikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Arif Bin Agam dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Beliau telah berkongsi kepakaran mengenai tajuk Fourier Transform Infrared Spectroscopy: Fundamental and Applications for Nanomaterials.




Sesi kedua tajuk Fundamental and Importance of Raman Spectroscopy in Nanomaterials telah diberi pencerahan oleh Prof Dr. Saifollah Abdullah dari Universiti Teknologi MARA.

Selepas jamuan minum pagi, sesi ketiga diteruskan dengan penerangan terperinci oleh Prof. Dr. Wan Haliza Binti Abd Majid dari Jabatan Fizik Universiti Malaya dengan tajuk Ultraviolet Visual Spectroscopy: UV-Visible Spectroscopy for Nanomaterials Characterization. 

Sesi terakhir oleh Dr Goh Boon Tong juga dari Jabatan Fizik Universiti Malaya. Beliau telah memberikan maklumat berkenaan tajuk High-Resolution Transmission Electron Microscopy: Principles and Instrumentation on Nanomaterials.





Selepas rehat dan makan tengahari, peserta peserta kursus telah dibawa ke makmal yang menempatkan peralatan-peralatan yang telah diterangkan semasa sesi pagi iaitu Fourier Transform Infrared SpectroscopyMicroraman Spectroscopy, High Resolution Transmission Electron Microscopy, dan UV-Vis Spectroscopy. Peserta telah diberi demonstrasi mengenai penggunaannya dalam pencirian bahan nano. Disini juga para peserta telah bertukar-tukar pandangan dan berbincang mengenai alatan tersebut dan penggunaanya dalam bidang kajian masing-masing.


















Kursus ini dilihat telah banyak memberi input berguna kepada semua peserta dan juga kami sebagai penganjur program. Program ini telah menjadi platform perkongsian ilmu dan juga membina jaringan persahabatan diantara peserta dan juga penganjut.